INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI PLATFORM INTEGRASI
KOD KURSUS : MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SEBAGAI PLATFORM INTEGRASI
Nama Pensyarah: Puan Natrah bt. Yaacob
Nama Ahli:
1. Nur Aishah Nadhirah bt. Shariff - 01DAT20F2033
2. Nurul Ain bt. Rasahidan - 01DAT20F2062
3. Ani Nabilah bt. Abdul Rahman - 01DAT20F2039
4. Hirosha A/P Valumani - 01DAT20F2042
5. Theynukaa A/P MBalan - 01DAT20F2041
Pendahuluan
Sebagai pendahuluan, Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik, ekonomi, tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli. Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza, lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat.
Institusi Pengajian Tinggi, sama ada universiti atau kolej universiti diberi nama singkatan iaitu IPT. IPT merupakan institusi pengajian yang dinaung oleh pihak kerajaan bagi memenuhi suatu keperluan sosial yang amat penting dalam bidang ilmu serta penyelidikan, pendidikan dan pelajaran tinggi. Di IPT terutama di tahap persediaan atau rendah, interaksi sosial berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar berada di tahap yang baik. IPT adalah tapak semai yang terbaik bagaimana proses memahami perbezaan dapat di pupul dan pendekatan memahami persamaan dapat di semai. Yang berbeza biarlah berbeza tetapi aspek yang merintis titik persamaa yang banyak patut disuburkan dan menjadi jambatan kepada hubungan manusia dan kemanusiaan.
Rujukan: https://youtu.be/APMnnGPxKjo
Kepentingan
Seterusnya, bagi memperoleh kurikulum yang sama. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan). Antara kurikulum yang sama dan terdapat di kebanyakan universiti ialah Falsafah Sains dan Teknologi, Hubungan Etnik serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Cabaran
Cabaran bagi institusi pengajian tinggi sebagai platform integrasi adalah yang pertama adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudahmenjadi tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakanubatan atau teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat-menghormati dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami olehsemua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yangsebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.
Cabaran utama yang menghalang intergrasi kaum dan hubungan etnik di negara kita adalah bersangkutan dengan nilai hidup iaitu prasangka,perkauman, etnosentrisme, sosioekonomi dan pemisahan fizikal. Kesemua perkara ini membawa kepada perpecahan kaum dan etnik kerana mereka masih kukuh kepada peranan tradisional dan berpegang teguh kepada nilai-nilai yang terbatas antara kaum. Masalah hubungan etnik dan intergrasi kaum ini berpunca daripada dasar-dasar British ketika menjajah Tanah Melayu dulu.
Selain itu, perbezaan unsur kebudayaan. Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat ini sememangnya tidak dapat dielakkan kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang menjadi identiti mereka. Cabaran seterusnya adalah jarak sosial yang wujud akibat kurang interaksi. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang membataskan inteaksi bangsa yang berlainan bahasa. Ini wujud bukan sahaja kerana kita tidak memahami apa yang diperkatakan. Faktor seterusnya adalah wujudnya kekeliruan dan kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkan salah faham jika kerajaan tiak mengambil langkah segera untuk menerangkan berkaitan isu ini. Ini bagi meneglakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk mencemari minda dan pemikiran rakyat dan mayarakat. Akhir sekali, dominisi kaum dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik, perniagaan atau pembangunan. Setiap kaum akan cuba untuk mengekalkan dominisi mereka dalam bidang meeka dan ini akan menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk kedalam bidang tersebut. Dengan adanya konflik seperti diatas, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan etnik perlu diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak muah kerana adanya cabaran-cabaran yang perlu menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata.
Kesimpulan
RUJUKAN
1. https://youtu.be/APMnnGPxKjo
2. https://www.youtube.com/watch?v=APMnnGPxKjo
3. https://www.ukm.my/kita/wp-content/uploads/4.Manuskrip-ICIP.Prof-Ong-_-Dr-Atiqah-A.docx.pdf
4. http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/11/peranan-institusi-pengajian-tinggi.html
6. https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik
7. http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/11/peranan-institusi-pengajian- tinggi.html
8. http://integrasikaum.blogspot.com/2016/09/integrasi-kaum.html
Pendahululan dan kesimpulan dirumus berdasarkan tajuk yang dipilih. Fakta berinformasi dan ada huraian yang menggunakan ayat kefahaman sendiri. Kandungan isi ada kesinambungan antara isi yang lain. Terdapat juga kesalahan ejaan pada teks yang dikongsikan.
ReplyDelete